Adyla Rafa Naura Ayu (lahir di
Jakarta,
Indonesia,
18 Jun 2005; umur 18 tahun) merupakan seorang penyanyi dan pelakon
Indonesia.
[1] Mengikuti jejak kerjaya ibunya, Riafinola Ifani Sari, Naura menjadi penyanyi kanak-kanak pada 2014 dengan mengeluarkan album studio pertamanya bertajuk Dongeng yang memenangi anugerah Album Kanak-Kanak Terbaik dari
Anugerah Musik Indonesia 2015.
[2] Naura merupakan penyanyi kanak-kanak Indonesia pertama memenangi anugerah Triple Platinum hasil album keempatnya, Katakanlah Cinta, yang terjual sebanyak 500 ribu CD.
[3]Sementara itu, Naura merupakan satu-satunya penyanyi kanak-kanak yang memenangi anugerah terbanyak sebagai Artis Solo Anak Terbaik
Anugerah Musik Indonesia iaitu sebanyak tiga kali pada 2016,
[4] 2018,
[5] dan 2019.
[6]Pada penghujung tahun 2019, Naura menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi kanak-kanak dan memasuki zaman penyanyi remaja, ditandai dengan mengadakan Konser Dongeng 4 yang merupakan penutup siri Konser Dongeng sejak 2015.
[7] Pada awal tahun 2021, Naura mengeluarkan single "Kisah Kasih Sayang" yang merupakan single pertamanya sebagai penyanyi remaja.
[8][9]